Sunday, 5 February 2012

~ Salam Maulidur Rasul 1433H ~


Assalamualaikum W.B.T..

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW

Marilah kita perbanyakkan berselawat kerana sesungguhnya

Di dalam Al-Quran bab Al-Ahzab ayat Allah menyatakan yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kpd nabi.

Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kpdnya dan ucapkanlah

salam penghormatan kpdnya."

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan,

"Sesungguhnya orang paling dekat dgnku pada hari kiamat adl orang yg paling byk berselawat kpdku"

Bacalah selawat, `Allahumma solli `ala saidina Muhammad wa `ala alihi wa as-haabihi ajma'iin'.

Maksudnya, `Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian

sahabat-sahabat baginda'.

Muhammad...

Nama seorang lelaki agung,

Kami beriman kpdnya dgn sepenuh jiwa dan raga

meskipun kami tidak pernah bertemu dgnnya.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment